Friday 15 February 2013

Surat Tidak Rasmi

Soalan:- 
Sahabat anda dari luar negara ingin mengetahui tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia kerana dia dan keluarganya merancang untuk bercuti di sini.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

Jawapan:-

1,Jalan Mawar 7/4,
Zon Mawar Fasa 7,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

6 Februari 2013.

Menemui sahabatku,Liyana yang kini berada di Jakarta, semoga saudari sekeluarga sihat dan sejahtera selalu.

Saudari,
     Saya amat menghargai hasrat saudari untuk berkunjung ke negara saya. Sesungguhnya Malaysia banyak mempunyai tempat yang menarik untuk dikunjungi. Saudari boleh memilih mana-mana sahaja tempat percutian,sama ada di kawasan bandar,panati,hutan ataupun kampung.

     Antara pantai yang indah dan manarik termasuklah pantai Port Dickson,Tanjung Bidara,Cherating dan sebagainya.Di pantai-pantai ini terdapat kemudahan chalet dan hotel untuk penginapan dengan kadar sewa yang berpatutan. Kawasan pantainya pula bersih dan sesuai untuk bermandi-manda.

     Selain pantai, saudari boleh juga bercuti di hutan-hutan rekreasi yang terdapat di negara ini.Antara kawasan hutan yang paling popular ialah Taman Negara.Hutan-hutan di Malaysia kaya dengan flora dan fauna yang masih terpelihara dengan keadaan semula jadi.Saudari boleh menyaksikan bunga yang terbersa, iaitu bunga refflesia.Selain itu,terdapat air terjun  juga.

     Jika saudari ingin menikmati suasana kampung yang tipikal pula,saudari boleh berkunjung ke kampung-kampung yang menyediakan perkhidmatan homestay.Di sini saudari akan dapat merasai cara hidup orang Melayu di kampung.Saudari bukan sahaja akan menginap di rumah mereka malahan dapat menikmati masakan Melayu yang sedap. Jika saudari bernasib bai, saudari berpeluang untuk menikmati buah-buahan tempatan.

     Sebenarnya,banyak lagi tempat menarik yang terdapat di sini, terutamanya keunikan Bandar Raya Kuala Lumpur yang sememangnya terkenal seantara dunia .Apabila tiba masanya untuk saudari berkunjung ke sini, hubungilah saya.Saya tidak keberatan untuk menemani saudari sekeluarga semasa  saudari bercuti di sini.

     Sekian,sambutlah salam mesra daripada saya buat saudari sekeluarga.

Sahabatmu,
Salwa




No comments:

Post a Comment