Tuesday 12 February 2013

Laporan

Soalan:- 
Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya telah mengadakan larian merentas desa. Sebangai setiausaha badan sukan sekolah anda dikehendaki menyediakan laporan tersebut.

Jawapan:-
Laporan Larian Merentas Desa
Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya

     Badan Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya telah mengadakan larian merentas desa pada hari Sabtu bersamaan 2 Februari 2013. Hampir 2000 orang pelajar dan 100 orang guru yang telah hadir. Antara tujuan larian merentas desa ini diadakan ialah untuk meningkatkan mutu sukan sekolah.

     Acara ini bermula pada jam 7:30 pagi. Acara ini dimulakan dengan ucapan PK Kokurikulum Puan Norma dan guru disiplin Encik Mohd Zabidi.

     Pelajar dibahagikan kepada 2 ketogori iaitu bawah 15 tahun dan bawah 17 tahun. Selepas dibahagikan ketogori para pelajar diwajibkan memanaskan badan sebelum dilepaskan untuk larian merentas desa.

     Pada jam 8:00 pagi semua pelajar perempuan berdiri digarisan permulaan, 20 minit kemudian pelajar lelaki pula berdiri digarisan permulaan  dan dilepaskan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya iaitu Tuan Haji Halim. Semua pelajar Berlari berpusu-pusu untuk menjadi juara.

     Setelah hampir 2 jam setengah berlangsung para hakim bersiap sedia berada di hadapan garisan penamat. Para hakim sibuk mengira markah yang dikumpulkan untuk mencari rumah sukan yang bakal muncul juara acara merentas desa pada tahun ini.

     Acara merentas desa telah tamat pada jam 12:00 tengah hari. Para pelajar dan guru-guru bersurai. Semangat juang yang ditunjukkan oleh para peserta dalam acara merentas desa amat tinggi dan patut diberi pujian.

3 Februari 2013
Disediakan oleh,
      salwa
(Salwa Izzati Binti Mustaka Ahmad)
Setiausaha Badan Sukan Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya



No comments:

Post a Comment