Thursday 14 February 2013

Karangan Bahan Rasangan

Soalan:- Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah diadakan Sambutan Hari Kebangsaan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
Jawapan:-

     Hari Kebangsaan negara yang kita sambut pada setiap tahun mempunyai faedah yang tersendiri.Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari kebangsaan contohnya seperti mengadakan perarakan, pembarisan dan nyanyian lagu kebangsaan.

     Sebenarnya,terdapat pelbagai faedah diadakan hari kebangsaan antaranya ialah sebagai rakyat kita harus menanam semangat patritisme.Penglibatan pelbagai kaum dan masyarakat pastinya dapat hidup dalam keadaan yang harmoni daan aman di negara ini.

     Seterusnya,dengan diadakan sambutan hari kebangsaan kita dapat memantapkan lagi jati diri dikalangan generasi muda.Memang tidak dinafikan lagi bahawa generasi muda merupakan aset yang amat penting bagi untuk mencapai sebuah negara maju.

     Selain itu,kita harus bekerjasama untuk memperkukuhkan perpaduan kaum rakyat di Malaysia.Hal ini penting supaya negara kita dapat berkembang maju

     Justeru,kita perlu mengenang jasa pejuang tanah air kita.Tanpa perjuangan mereka apa yang akan berlaku kepada negara kita.

     Kesimpulannya,sambutan hari kebangsaan tanah air penting dan memanfaatkan semua pihak.

(143 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment