Sunday 24 February 2013

Ubat Malas Belajar

 #Jati Diri
     - Cekal & mampu bersedia berlawan nafsu

 #Jadual Waktu Persendirian

     - Membolehkan aktiviti dirancang secara sitemetik

 #Tetapkan Matlamat

     - Apa tujuan saya belajar?
     - Apa yang saya nak jadi bila dewasa

 #Belajar Bersama Rakan

     - Pilih rakan yang sesuai untuk membentuk 
       kumpulan







Friday 15 February 2013

Surat Tidak Rasmi

Soalan:- 
Sahabat anda dari luar negara ingin mengetahui tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia kerana dia dan keluarganya merancang untuk bercuti di sini.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

Jawapan:-

1,Jalan Mawar 7/4,
Zon Mawar Fasa 7,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

6 Februari 2013.

Menemui sahabatku,Liyana yang kini berada di Jakarta, semoga saudari sekeluarga sihat dan sejahtera selalu.

Saudari,
     Saya amat menghargai hasrat saudari untuk berkunjung ke negara saya. Sesungguhnya Malaysia banyak mempunyai tempat yang menarik untuk dikunjungi. Saudari boleh memilih mana-mana sahaja tempat percutian,sama ada di kawasan bandar,panati,hutan ataupun kampung.

     Antara pantai yang indah dan manarik termasuklah pantai Port Dickson,Tanjung Bidara,Cherating dan sebagainya.Di pantai-pantai ini terdapat kemudahan chalet dan hotel untuk penginapan dengan kadar sewa yang berpatutan. Kawasan pantainya pula bersih dan sesuai untuk bermandi-manda.

     Selain pantai, saudari boleh juga bercuti di hutan-hutan rekreasi yang terdapat di negara ini.Antara kawasan hutan yang paling popular ialah Taman Negara.Hutan-hutan di Malaysia kaya dengan flora dan fauna yang masih terpelihara dengan keadaan semula jadi.Saudari boleh menyaksikan bunga yang terbersa, iaitu bunga refflesia.Selain itu,terdapat air terjun  juga.

     Jika saudari ingin menikmati suasana kampung yang tipikal pula,saudari boleh berkunjung ke kampung-kampung yang menyediakan perkhidmatan homestay.Di sini saudari akan dapat merasai cara hidup orang Melayu di kampung.Saudari bukan sahaja akan menginap di rumah mereka malahan dapat menikmati masakan Melayu yang sedap. Jika saudari bernasib bai, saudari berpeluang untuk menikmati buah-buahan tempatan.

     Sebenarnya,banyak lagi tempat menarik yang terdapat di sini, terutamanya keunikan Bandar Raya Kuala Lumpur yang sememangnya terkenal seantara dunia .Apabila tiba masanya untuk saudari berkunjung ke sini, hubungilah saya.Saya tidak keberatan untuk menemani saudari sekeluarga semasa  saudari bercuti di sini.

     Sekian,sambutlah salam mesra daripada saya buat saudari sekeluarga.

Sahabatmu,
Salwa




Thursday 14 February 2013

Karangan Bahan Rasangan

Soalan:- Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah diadakan Sambutan Hari Kebangsaan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
Jawapan:-

     Hari Kebangsaan negara yang kita sambut pada setiap tahun mempunyai faedah yang tersendiri.Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari kebangsaan contohnya seperti mengadakan perarakan, pembarisan dan nyanyian lagu kebangsaan.

     Sebenarnya,terdapat pelbagai faedah diadakan hari kebangsaan antaranya ialah sebagai rakyat kita harus menanam semangat patritisme.Penglibatan pelbagai kaum dan masyarakat pastinya dapat hidup dalam keadaan yang harmoni daan aman di negara ini.

     Seterusnya,dengan diadakan sambutan hari kebangsaan kita dapat memantapkan lagi jati diri dikalangan generasi muda.Memang tidak dinafikan lagi bahawa generasi muda merupakan aset yang amat penting bagi untuk mencapai sebuah negara maju.

     Selain itu,kita harus bekerjasama untuk memperkukuhkan perpaduan kaum rakyat di Malaysia.Hal ini penting supaya negara kita dapat berkembang maju

     Justeru,kita perlu mengenang jasa pejuang tanah air kita.Tanpa perjuangan mereka apa yang akan berlaku kepada negara kita.

     Kesimpulannya,sambutan hari kebangsaan tanah air penting dan memanfaatkan semua pihak.

(143 patah perkataan)

Sajak Persahabatan (Mohd. Amran Daud)



  
 Maksud Sajak
 Persahabatan



Rangkap 1:Kanak-kanak Melayu yang berpakaian baju kurung sedang bermain dengan gembira.
Rangkap 2:Kanak-kanak Cina yang memakai ceongsam dataang dan menyapa kanak-kanak Melayu sambil tersenyum bermain kejar-kejar
Rangkap 3:Kanak-kanak India yang memakai sari pula ingin bermain bersama apabila melihat telatah kedua-dua orang kanak-kanak itu.
Rangkap 4:Mereka tidak merasakan ada berbezaan kerana bagi mereka yang penting ialah keseronokan bermain bersama-sama. Yang inilah gambaran perpaduan rakyat Malaysia. Jati diri rakyat Malaysia amat bergantung pada persefahaman, walaupun ada perbezaan.



    Tema  




  • Perpaduan antara kaum ialah teras untuk mencapai perpaduan di Malaysia





 Persoalan


  • Keseronokan kanak-kanak yang sedang bermain-main.
  • Kanak-kanak tidak mengenal erti perkauman.
  • Pemupukan perpaduan hendaklah disemai sejak kecil
  • Perpaduan akan menjamin keamanan



   Nada



  • Patriotik

Wednesday 13 February 2013

Persahabat

Persahabatan antara 3 kaum di Malaysia...

Seorang kanak-kanak
berbaju kurung nampak cantik
berlesung pipit beralis lentik
bermain-main riang, bermain keseorangan
pada wajahnya meriak gembira
pada bibirnya menguntum ceria
berderai ketawa mengocak suasana

Seorang kanak-kanak
berpakaian ceongsam bertocang dua
bergincu pipi tampak ceria
tiba-tibaa datang menerpa bertegur sapa
menghulur senyum dan ketawa manja
pada wajahnya menyerlah keriangan
mereka bermain alang-kepalang
berkejar-kejaran tanpa halangan

Seorang kanak-kanak
bersari bergelang kaki
bertindik hidung menguntum seri
melihat saja telatah manja
si comel berdua, bermain dan tertawa
dirinya bagai digamit bermain bersama
mengongsi kemesraan
menterjemah makna kejiranan

Ah, kanak-kanak
biar berlainan agama
biar berlainan bangsa
mereka saling bersalaman
dan berpeluk mesra
tanpa menghiraukan adat dan budaya;
          membina keakraban tanpa curiga
          membentuk perpaduan tanpa prasangka
bersatu hati membentuk jati diri
ke arah wawasan lebih bererti!!!






Tuesday 12 February 2013

Nama2 Terlang Dalam Islam


Abkam
Tidak celik, buta
AbiqahHamba yang lari dari tuannya
AfinahYang bodoh
AsyarPaling jahat
AsyirahYang tidak bersyukur atas nikmat
AmahHamba suruhan perempuan
BaghiahYang zalim, jahat
BahimahBinatang
BalidahYang bodoh, bebal
BakiahYang menangis, merengek
BaqarahLembu Betina
BatilahYang batil, tidak benar
DabbahBinatang
DahriyahYang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
DahisyahGoncang, stress
DarakahKedudukan yang rendah
DaniyahYang lemah dan hina
Dami'ahYang mengalir air matanya
FasidahYang rosak, yang binasa
FasiqahYang jahat, si fasik
FasyilahGagal, kalah
FajirahYang jahat, yang berdosa
Faji'ahKecelakaan
GhafilahYang lalai, yang leka
GhailahKecelakaan, bencana
GhaibahHilang
GhasibahPerampas, perompak
GhamitahYang tidak mensyukuri nikmat
GhawiahYang sesat, yang mengikut hawa nafsu
HaqidahYang dengki
HasidahYang hasad
HazinahYang sedih
HuznKesedihan
KhabithahYang jahat, yang keji
Khali'ahYang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ahYang bersalah, yang berdosa
KhasirahYang rugi
KhamrahArak
JariahHamba suruhan perempuan
JafiahYang tidak suka berkawan
KaibahYang sedih
KafirahYang kafir, yang ingkar
KamidahYang hiba, yang sangat berduka
KazibahPendusta, pembohong
LahabBara api
LaghiahSia-sia, tidak berfaedah
La'imahYang tercela
LainahYang terkutuk
LahifahYang sedih, menyesal dan dizalimi
MaridahYang menderhaka
MajinahYang bergurau senda tanpa perasaan malu
MajusiahAgama menyembah api atau matahari
MunafikahYang munafik
MusibahCelaka, bencana, kemalangan
NariahApi
NasyizahYang menderhaka dan melawan suami
NajisahYang najis dan kotor
QabihahYang buruk, hodoh
QatilahPembunuh
QasitahYang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
QazurahKejahatan, perzinaan
RajimahYang direjam, yang dilaknat
Razi'ahKecelakaan, musibah
RazilahYang keji dan hina
SakitahYang jatuh, yang hina, yang jahat
SafilahYang rendah dan hina
SahiahYang pelupa
SakirahPemabuk
SyafihahYang bodoh
SyaridahYang diusir
SyaqiyahYang menderita
Syarrul BariyyahSejahat-jahat manusia
Syani'ahYang buruk
SyarisahYang buruk akhlak
SyatimahMaki hamun
SyariqahPencuri
TalifahYang rosak, yang binasa
TarbiyahYang papa kedana
TarikahAnak dara tua
TafihahKarut
TalihahYang tidak baik
YaisahYang berputus asa
YabisahYang kering, yang sedikit kebaikannya
WahinahPenakut
WaqihahYang kurang sopan dan malu
WasikhahYang kotor
WasyiahYang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
WahimahYang lemah
WahiahYang lemah, yang jatuh, yang buruk
WajilahPenakut
WailahBencana, keburukan
Waqi'ahPertempuran dalam peperangan, umpatan
ZalijahKebinasaan
ZalilahYang hina
ZalimahYang zalim
ZaniyahPenzina, pelacur
ZufafahRacun pembunuh

Nama-nama ini tidak sesuai diberi kepada anak-anak...
islam telah pilih pelbagai nama yang bermaksud baik kenapa harus pilih nama-nama di atas ini...




Maksud Huruf pada Nama

ARamah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
BSelalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
CRamah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
DPendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
EPandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
FPunya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
GKerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
HMudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
ISuka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
JRamah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
KPandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
LRamah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
MPandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
NBaik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


OSerba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
PPandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
QSetia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
RPendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
SPandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
TSangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
USuka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
VTutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
WRamah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
XBudi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
YPendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
ZPandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Laporan

Soalan:- 
Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya telah mengadakan larian merentas desa. Sebangai setiausaha badan sukan sekolah anda dikehendaki menyediakan laporan tersebut.

Jawapan:-
Laporan Larian Merentas Desa
Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya

     Badan Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya telah mengadakan larian merentas desa pada hari Sabtu bersamaan 2 Februari 2013. Hampir 2000 orang pelajar dan 100 orang guru yang telah hadir. Antara tujuan larian merentas desa ini diadakan ialah untuk meningkatkan mutu sukan sekolah.

     Acara ini bermula pada jam 7:30 pagi. Acara ini dimulakan dengan ucapan PK Kokurikulum Puan Norma dan guru disiplin Encik Mohd Zabidi.

     Pelajar dibahagikan kepada 2 ketogori iaitu bawah 15 tahun dan bawah 17 tahun. Selepas dibahagikan ketogori para pelajar diwajibkan memanaskan badan sebelum dilepaskan untuk larian merentas desa.

     Pada jam 8:00 pagi semua pelajar perempuan berdiri digarisan permulaan, 20 minit kemudian pelajar lelaki pula berdiri digarisan permulaan  dan dilepaskan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya iaitu Tuan Haji Halim. Semua pelajar Berlari berpusu-pusu untuk menjadi juara.

     Setelah hampir 2 jam setengah berlangsung para hakim bersiap sedia berada di hadapan garisan penamat. Para hakim sibuk mengira markah yang dikumpulkan untuk mencari rumah sukan yang bakal muncul juara acara merentas desa pada tahun ini.

     Acara merentas desa telah tamat pada jam 12:00 tengah hari. Para pelajar dan guru-guru bersurai. Semangat juang yang ditunjukkan oleh para peserta dalam acara merentas desa amat tinggi dan patut diberi pujian.

3 Februari 2013
Disediakan oleh,
      salwa
(Salwa Izzati Binti Mustaka Ahmad)
Setiausaha Badan Sukan Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya



HOMEWORK


Monday 11 February 2013

Hobi

Hey... Hey... Hey...
Opssss silap...
Assalamualaikum..
Apa khabar semua...

Hobi...!!!
Apa itu hobi..???
Hobi ialah sesuatu perkara yang berfaedah yang kita lakukan pada masa lapang...
Hobi juga ialah minat kita kepada sesuatu perkara...
Perkara yang kita suka lakukan dan mendatangkan faedah kepada kita...
Mesti korang tertanya-tanya apa hobi wawa...???
Ten...Ten...Ten...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Mengedit gambar dan bersukan"
Apa yang mendatangkan faedah dengan mengedit gambar..???
Dengan kita belajar mengedit gambar pada masa sekarang, mungkin dengan mengedit gambar dapat kita Dapat mencari rezeki dengan hasil tangan kita sendiri...
Mengedit gambar bukan dengan kita mengedit gambar yang mengarut...
Tapi gambar yang kita nampak kan lebih menarik..
Korang nak tengok contoh gambar yang wawa edit...
ini dya...
Mungkin tidak secantik yang korang edit...