Wednesday 13 November 2013

Wanita ditumbuk suami amal ajaran sesat...



Segamat:Seorang isteri yang tidak tahan sering dibelasah suami sejak setahun lalu, nekad membuat laporan di Balai Polis Segamat di sini, malam kelmarin

Mangsa yang mahu dikenali sebangai Fazilah,26, mendakwa dia sering dimarahi, ditampar dan ditumbuk tanpa sebab sejak suaminya itu mengamalkan ajaran bercanggah dengan Islam  sejak setahun lalu.

Selain Fazilah , anak lelakinya berusia empat tahun juga sering dipukul tanpa sebab setiap kali melihat anak kedua daripada tiga beradik itu.

Kemuncaknya apabila Fazilah yang baru pulang mengambil upah mencuci pinggan di sebuah gerai makanan berhampiran rumahnya, tiba-tiba ditumbuk suaminya hingga cedera, pada jam 8.40 malam kelmarin.

"Makam tadi(kelmarin), selepas saya pulang ke rumah, dia menumbuk saya hingga saya terjatuh dan luka di kening kiri".

"Selepas itu, dia menyuruh saya keluar membeli rokok di sebuah kedai tanpa sebarang perasaan kasihan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Saya mengambil peluang itu dan terus ke balai polis", katanya ketika ditemui selepas membuat laporan berkenaan.

Fazilah berkata, suaminya  berubah sejak mengamalkan zikir pelik dan membacanya berulang kali sekuat hati selain meninggalkan solat serta tidak lagi memberi nafkah kepada dia akan anak-anak mereka. "Dia sering panas baran tidak bertempat. Sejak kami berkahwin lapan tahun lalu, perangainya berubah dengan ketara sejak setahun lalu. Apabila saya menyuruhnya bersolat, dia meradang dan terus menampar saya", katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan terbabit.

Cerdit: BH131113

1 comment: