Wednesday, 5 February 2014

English Class (4SC2) #050214


Yeahhh... tadi teacher Maryaan x mengajar, first in this year dia masuk klas x mengajar...
"TIDAK SIHAT..."
kan ada dlam Islam 5 perkara sebelum 5 perkara :-
  1. Hidup sebelum Mati
  2. Sihat sebelum Sakit
  3. Muda sebelum Tua
  4. Kaya sebelum Miskin
  5. Lapang sebelum sempit

normal la semua tu..

Tapi kami bukan nak cita pasai tu... hehe...
Teacher x mengajar kita pun ambil kesempatan sembang chinese student in my class..
serius sporting bdax nya...
Tapi kedekut, dapat ang pau banyak x maw share sama kita ma...
wa manyak jealous sama itu budax ma...
hehe..*tetibe loraq cina* 

Dia banyak share pasai Chinese New Year dia tahun nie...
apa ja soalan kami, mesti ada ja jawapan nya...

okey!! okey!! 
Cukup la sampai sini...


P/S: Lu Mau Taw Itu Budax dapat manyak ang pau ma...


Monday, 3 February 2014

Lepak, StudyGroup with mamber 4SC2


teringat akan encik mimpi
Be happy, No problem...
buat discussion x ajak...
Woiii... tgk apa tu???
pakat dgn kerja sendiri pulak dah...
ada saja budax tu
camera woman misz korea version kedah






Saturday, 1 February 2014

Refresh back 4SC2 2014


Hah.. nie kita nak share...
#240114 #HiasKelas #4SC22014


mizz korea version kedah

Poyo gila mamat seorg tu.... 

pakat busy semuanya



balut meja...

(2 segit)3 YaNa

tgh siapkan poster kelas...
korang nak taw diaorg lukis apa..
diaorg lukisan doodle class teacher

asyik2 snap pic mamat poyo....


Monday, 13 January 2014

4SC2 (2014) Oh! My English.. Version SMK Aman Jaya.

Assalamualaikum...
hai... hari terasa rajin sikit nak update blog...
nak share cerita2 yg agak funny juga la dlam klas 4SC2 (SMKAJ)
Mesti ramai yg tertanya-tanya apa kena mengana dgn OhMyEnglish...
Jeng... jeng...
Serius nak tahu???
hmmm..*nak fikir sat noh*

HAH!!!!!
kami satu klas tgh belajar perbetulkan bahasa english..
Kata klas SC tapi english pun x terer.. apa cer...
tak semestinya klas depan semua pandai...
Tapi usaha kami yg boleh buat kami duk klas SC...


watak2 dlam cita nie.... semua ada dlam klas 4SC2...
tak caya?? tak caya sudah, tak paksa percaya pun..
apa2 pun klas kami tetap (Y)




Wednesday, 18 December 2013

nervous gila (10 jam lagi)

Assalamualaikum...
Hah.. nervous tahap gaban..
Tidur x lena 2 3 hari nie..
Jantung berdetak kecang..
Waduh2,, apa maw jadi ini..

"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. YA ALLAH, BERIKAN KAMI BATCH 98 KEPUTUSAN YANG CEMERLANG UNTUK PMR 2013. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PEMURAH. SETIDAK-TIDAKNYA KAU BERIKANLAH KAMI APA YANG DIINGINI DAN MAMPU MEMBUAT KEDUA IBUBAPA KAMI TERSENYUM YA ALLAH DAN JANGANLAH KAU BERIKAN KEGAGALAN KEPADA KAMI. AMINNN..."
☆INSYA ALLAH☆
♡ATAS KEHENDAK MAHA BERKUASA♡
KAMI HANYA BERUSAHA SEMAMPU MUNGKIN.




Tuesday, 17 December 2013

Result PMR 2013 ♡091213♡

Assalamualaikum...

Woww tinggal 1 hari je lagi..
Bertambah kecut perut la nak tgk results...
Hope dapat results yg CEMERLANG LAGI GEMPAK...
Doakan SALWA AND BATCH 98.



Friday, 22 November 2013

Sedekah Pemangkin Kesejahteraan

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: Setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara  dua orang  (orang berselisih faham) adalah sedekah , kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalamkenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang  perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.


Riwayat Bukhari dan Muslim

Tuesday, 19 November 2013

12 CIRI SAHABAT YANG BAIK MENURUT IMAM GHAZALI


Berikut saya berbagi ilmu dari fanspage facebook islami "ayo remaja islam bangkitlah"

  1.  kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu.
  2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu.
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.
  4. Jika kau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik.
  5. Jika ia memproleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu.
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka akan berupaya menutupinya.
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan sungguh sungguh.
  8. Jika engkau berdiam diri (karena malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi.
  9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.
  10. Jika engkau berkata benar kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu.
  11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu.
  12. Jika kamu berdua sedang berbeda pendapat atau berselisih paham, niscaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga.




ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

hah.. apa erti sebuah persahabatan buat korang????
ERTI SAHABAT DALAM ISLAM...
Bersahabatlah kita dengan sesiapa pun tanpa memilih "Rupa,Warna Kulit, dan Ugamanya"
rasulullah s.a.w tidak pernah memilih untuk bersahabatan... 
Disini saya ingin mengupas erti dan harga sesebuah persahabatan dalam kehidupan kita, di zaman serba canggih dan moden ini manusia sering memperkotak katikkan erti sebuah persahabatan.... 
Persahabatan bagi saya besar ertinya bagaimana pula dengan pendapat sahabat semua..... 
Persahabatan yang ikhlas, jujur, saling hormat menghormati dan sefahaman akan terjalin perhubungan untuk jangka masa yang panjang...Selagi tidak berlaku pertelingkahan diantara kita...... 
Bila diperhatikan memang ada kebenarannya...
Biar kita buruk di mata insan asalkan cantik di mata ALLAH S.W.T. :) 
Semalam Kenangan, hari ini kenyataan, esok perubahan.:) 
hidup mesti ceria sempoi dan penuh keimanan.....



Wednesday, 13 November 2013

GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2013 DJH




 FATIN | ZARA | HAWA | TETO | VEE | NUR | DJH | FARAHAIN | WANIE ASHA |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jom sertai GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2013 anjuran DJH.Pelbagai hadiah ditawarkan seperti SHAWL | FACEMASK | COLLAGEN EYEMASK |KEYCHAIN | FRIDGE MAGNET | TOPUP | dan pelbagai hadiah menaik lagi.
Syarat mudah dan best.Jom ramai-ramai kita menjoinkan diri! Tekan banner untuk sertai!

Wanita ditumbuk suami amal ajaran sesat...



Segamat:Seorang isteri yang tidak tahan sering dibelasah suami sejak setahun lalu, nekad membuat laporan di Balai Polis Segamat di sini, malam kelmarin

Mangsa yang mahu dikenali sebangai Fazilah,26, mendakwa dia sering dimarahi, ditampar dan ditumbuk tanpa sebab sejak suaminya itu mengamalkan ajaran bercanggah dengan Islam  sejak setahun lalu.

Selain Fazilah , anak lelakinya berusia empat tahun juga sering dipukul tanpa sebab setiap kali melihat anak kedua daripada tiga beradik itu.

Kemuncaknya apabila Fazilah yang baru pulang mengambil upah mencuci pinggan di sebuah gerai makanan berhampiran rumahnya, tiba-tiba ditumbuk suaminya hingga cedera, pada jam 8.40 malam kelmarin.

"Makam tadi(kelmarin), selepas saya pulang ke rumah, dia menumbuk saya hingga saya terjatuh dan luka di kening kiri".

"Selepas itu, dia menyuruh saya keluar membeli rokok di sebuah kedai tanpa sebarang perasaan kasihan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Saya mengambil peluang itu dan terus ke balai polis", katanya ketika ditemui selepas membuat laporan berkenaan.

Fazilah berkata, suaminya  berubah sejak mengamalkan zikir pelik dan membacanya berulang kali sekuat hati selain meninggalkan solat serta tidak lagi memberi nafkah kepada dia akan anak-anak mereka. "Dia sering panas baran tidak bertempat. Sejak kami berkahwin lapan tahun lalu, perangainya berubah dengan ketara sejak setahun lalu. Apabila saya menyuruhnya bersolat, dia meradang dan terus menampar saya", katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan terbabit.

Cerdit: BH131113

Monday, 11 November 2013